Friday, October 19, 2012

Kenangan Bersama Geng Orkid di Kampung Parit Tengah... 
Terima kasih sudi datang...









Kompilasi Bulbophyllum medusae... Terbaik dari ladang!


Yang Paling merah...dan paling digilai...! Spotted..








Thursday, July 5, 2012




It's Bulbophyllum again!!!










Bulbophyllum ni dapat mase pergi hunting juga kalau tak silap.. Ikut kata abah...mase tu dia dapat banyak..ade la dalam satu depa lebih.. lepas tu ikat kat kayu. Tapi satu je silapnye, tak tau pulak bulbo ni nak kat tempat sejuk. So, habis banyak yang mati... Tinggal ler mane yang ade.. Bile pos gambar ni kat facebook, ramai tertanye-tanye... orkid ape nie.. ?? cantik.. memang sangat cantik dan unik. coz of the color maybe.. hehehe.. Kalau semua nak tahu, ini dinamakan Bulbophyllum cornutum. cuba search kat sini....


Bulbophyllum cornutum [Blume]Rchb.f 1861 SECTION Leopardinae Bentham 1883









Yang cantik simetri ni kita panggil die Bulbophyllum macrochilum... Boleh dijumpai sekitar Malaysia, Singapura dan Borneo...


Bulbophyllum macrochilum Rolfe Feb. 1896 SECTION Intervallatae Ridley 1897


Reff: http://www.orchidspecies.com/bulbmacrochilum.htm










Yang ni antara koleksi bulbo yang banyak kat rumah.. Tiap kali berbunga, memang meriah... dinamakan sempena orang yang jumpe...kate PT ler... hehehe... Gusdorfi..tambah i... Gusdorfii..


Bulbophyllum gusdorfii J.J. Sm. 1917 SECTION Cirrhopetalum







Yang ni aku tak pasti dapat kat mane.. Tak sempat nak bertanye kat abah.. walau macamane pun...bulbo ni name die.. Bulbophyllum biflorum.. 


Bulbophyllum biflorum Teijsm. & Binn. 1855 SECTION Biflorae Garay, Hamer, & Siegrist 1994 [TYPE]









yang ni payung diraja Johor ni.. hahaha.. ade 11 kelopak semuanye.. camne..nak challenge x? yang ni kite panggil flabellum veneris atau sinonimnye...lepidum.. Yang ni antara koleksi bulbo yang biase sume orang ade..  kan..kan..beberapa variasi...n kepelbagaian bentuk spesis ni...












Bulbophyllum flabellum-veneris (J.König) Aver. 2003 SECTION Cirrhopetalum [Lindl.] Rchb.f 1861







Ni pun antara koleksi bulbo yang biase kite jumpa kat Johor.. Belum termasuk dalam kategori rare item.. biase kite nampak memang smooth yellow punye color.. memang kena bagi die panas sikit.. kena cahaya..



Bulbophyllum purpurascens Teijsm & Binn 1862 SECTION Elatae Garay, Hamer & Siegerist 1994






Ni pun antara koleksi terbaik yang abah ade... stripes of glory nie.. hahaha.. melihat jalurnye je dah cukup buat orang tertawan.. cantik menarik tertarik.. This is Bulbophyllum longissimum.. This one, my father bought at Kulai... RM 50 per kayu... sekarang dah tak dapek ler harge tu... lama dah beli.. rare spesis yang jarang orang ade.. Ni pun xbanyak.. Ehem....ehem...ade sesape tau kat hutan mane boleh dapat spesis ni... huhuhu... 


Bulbophyllum longissimum (Ridl.) J.J. Sm. 1912 SECTION Cirrhopetaloides Garay, Hamer & Siegerist 1994





Wednesday, May 30, 2012

Salam dan selamat datang ke Laman Orkid.. tak puas dengan hanya berfacebook, kini laman ini aku wujudkan bagi memberi peluang kepada rakan-rakan serta peminat orkid diluar sana yang ingin turut sama berkongsi idea dan pendapat mengenai kepelbagaian orkid terutamanya orkid-orkid spesis. Dalam laman ini, aku nak berkongsi koleksi-koleksi peribadi dari laman Aspani Sareff atau lebih dikenali sebagai Saring Sareff (my father).

Hampir 20 tahun abah menceburkan diri dan menanam minat dalam mengumpul koleksi orkid-orkid spesis.. Banyak antara koleksi orkid yang abah dapat dengan aktiviti 'hunting' di merata negeri.. Ade juga yang abah beli dari kawan-kawan dan pembekal orkid sekitar negeri Johor. Alhamdulillah, koleksi orkid spesis abah semakin bertambah. Apatah lagi sejak abah join Facebook ni. bertambah ramailah geng orkid die.

Tiap kali buka facebook je, abah tersenyum lebar.. (ngan misai garang die tu....) . Ada je gambar yang nak diupload tiap2 hari.. Sanggup beli kamera baru tu..semata-mata nak amik gambar orkid. Tapi al-maklum lah... berukband.. camne nak upload gambar tu bile line teruk.. nak buka facebook pun kekadang berjam.. nasib ler..



Bulbophyllum mastersianum


Jadi, bagi mereka-mereka kat luar sane yang berminat dan telah menceburkan diri dalam bidang tanaman orkid nie, kami mengalu-alukan kunjungan korang. Diharap kita dapat sama-sama berkongsi cerita dan hobi pasal orkid nie.. 

Bagi mereka yang nak berkunjung terus ke laman Aspani Sareff nie, bolehla datang terus... Pintu umah sentiase terbuka untuk kaki-kaki orkid ni. Tapi harap maaf...orkid spesis ini semua adalah koleksi peribadi yang empunya... bukan untuk dijual... Insyaallah, kalau ade lebih..bolehlah bertukar-tukar koleksi.. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan orkid spesis ni, diharap teruskan dengan minat tu dan terus belajar..lagi..dan lagi.. tak kenal maka tak cinta... betul tak?...


Sape yang tak tahu jalan tu...Boleh tengok ade signboard Kampung Parit Tengah Benut... Ini bagi sesape yang lalu ikut jalan Pontian-Batu Pahat. Kalau ikut jalanraya Parit Mekasar, lagi dekat...