Wednesday, May 30, 2012

Salam dan selamat datang ke Laman Orkid.. tak puas dengan hanya berfacebook, kini laman ini aku wujudkan bagi memberi peluang kepada rakan-rakan serta peminat orkid diluar sana yang ingin turut sama berkongsi idea dan pendapat mengenai kepelbagaian orkid terutamanya orkid-orkid spesis. Dalam laman ini, aku nak berkongsi koleksi-koleksi peribadi dari laman Aspani Sareff atau lebih dikenali sebagai Saring Sareff (my father).

Hampir 20 tahun abah menceburkan diri dan menanam minat dalam mengumpul koleksi orkid-orkid spesis.. Banyak antara koleksi orkid yang abah dapat dengan aktiviti 'hunting' di merata negeri.. Ade juga yang abah beli dari kawan-kawan dan pembekal orkid sekitar negeri Johor. Alhamdulillah, koleksi orkid spesis abah semakin bertambah. Apatah lagi sejak abah join Facebook ni. bertambah ramailah geng orkid die.

Tiap kali buka facebook je, abah tersenyum lebar.. (ngan misai garang die tu....) . Ada je gambar yang nak diupload tiap2 hari.. Sanggup beli kamera baru tu..semata-mata nak amik gambar orkid. Tapi al-maklum lah... berukband.. camne nak upload gambar tu bile line teruk.. nak buka facebook pun kekadang berjam.. nasib ler..



Bulbophyllum mastersianum


Jadi, bagi mereka-mereka kat luar sane yang berminat dan telah menceburkan diri dalam bidang tanaman orkid nie, kami mengalu-alukan kunjungan korang. Diharap kita dapat sama-sama berkongsi cerita dan hobi pasal orkid nie.. 

Bagi mereka yang nak berkunjung terus ke laman Aspani Sareff nie, bolehla datang terus... Pintu umah sentiase terbuka untuk kaki-kaki orkid ni. Tapi harap maaf...orkid spesis ini semua adalah koleksi peribadi yang empunya... bukan untuk dijual... Insyaallah, kalau ade lebih..bolehlah bertukar-tukar koleksi.. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan orkid spesis ni, diharap teruskan dengan minat tu dan terus belajar..lagi..dan lagi.. tak kenal maka tak cinta... betul tak?...


Sape yang tak tahu jalan tu...Boleh tengok ade signboard Kampung Parit Tengah Benut... Ini bagi sesape yang lalu ikut jalan Pontian-Batu Pahat. Kalau ikut jalanraya Parit Mekasar, lagi dekat... 




No comments:

Post a Comment