Bulbophyllum

Bulbophyllum adalah genus terbesar dalam keluarga orkid. Lebih kurang 2000 spesis sekarang ni. Dan Insyaallah akan bertambah kalau ade penemuan terbaru oleh para pengkaji orkid.. Ceh ayat.. aku xnak citer panjang-panjang pasal fakta, takut silap pulak.

Bulbophyllum ni, antara genus orkid yang paling diminati kerana keunikan dan kepelbagaian ciri-cirinya. Sebab tu lah kot abah paling minat spesis Bulbophyllum nie... Kalau ade kengkawan yang nak tukar orkid, biasanya dia akan tanye bulbo dulu.. huhuhu... Antara orkid bulbo kesayangannya...

Antara yang menjadi kegilaan dan buruan penggemar orkid.. Boleh dikategorikan sebagai 'rare item' sebab dah susah nak mencari dah ni.. ini dulu ade sorang kawan abah bagi pada dia... Bile tanya kat abah.."sape bagi mastersianum ni bah?".. Abah jawab "entahla...abah pun xingat..lama sangat dah.."... hehehe..











Bulbophyllum mastersianum [Rolfe]J.J.Sm. 1890 SECTION Cirrhopetalum



Ini pun. Bulbophyllum auratum.. Spesis yang ditemui di Asia. Auratum terdiri daripada banyak variasi.. yang ni dapat masa pegi hunting kat hutan.





Bulbophyllum auratum (Lindl.) Ridl. 1861 SECTION Cirrhopetalum



Kat bawah ni Bulbophyllum pileatum. Cantik kan? Allah Maha Besar. Yang menciptakan sekalian alam. Tiap ciptaanNya ada keistimewaan tersendiri. Macam tu juga orkid-orkid ni. Unik...cantik.. 






Bulbophyllum pileatum Lindl. 1844 SECTION Sestochilus [Breda]Benth & Hkr.f 1883


yang bawah ni pulak Bulbophyllum lobii... lobii ni memang banyak variety nye.. Yang ni ade orang cina bagi. Tapi dah tak ingat dah...lama sangat dah bela... Lupa pulak sape yang bagi.. hehehe.. Spesis ni selalu terdapat kat Borneo, Malaysia, Indonesia dan di Filipina.




Bulbophyllum lobbii Lindley 1847 SECTION Sestochilos [Breda] Bentham & Hkr. 1883 



Yang kembar dua beradik ni namanye subumbellatum.. Nama saintifiknye adalah seperti dibawah ye.. memang cantik.. Yang ni dapat mase pegi hunting kat Kahang. Ade kat semenanjung Malaysia dan Borneo je nie..








Bulbophyllum subumbellatum Ridl. 1895 SECTION Leopardinae Bentham 1883




 Yang ni pun dapat mase g hunting... memang tak menyesal bela.. Cantik... Wangi...Cun.







Bulbophyllum macranthum Lindley 1844 SECTION Stenochilus J.J. Sm. 1914



Yang ini pulak memang spesis yang dah jadi 'rare item'.. Bulbophyllum plumatum atau dikenali sebagai 'cili merah' ni menjadi antara favorite collection bagi penggemar dan pencinta orkid di Malaysia. Spesis yang dah jarang dijumpai. 


Bulbophyllum plumatum Ames 1915 SECTION Cirrhopetalum 







No comments:

Post a Comment